Friday 8 July 2011

sumpah kami si suami...

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kami nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isteri kamu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kami langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kami pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kami gembalanya,
Isteri adalah murid, kami mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kami teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamilah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah kami meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kami akan tersentak daripada alpa,
Kami bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kami suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...

No comments:

Post a Comment